Susulan tragedi gempa bumi dan tsunami di Palu, Indonesia, penduduk yang tinggal di bahagian pantai, masih trauma dengan kejadian gempa berkekuatan 7.7 magnitud, 27 September lepas.

Setakat Ahad, angka korban di kawasan bencana mencecah sebanyak 1,763 orang dengan beribu-ribu mangsa dipercayai masih hilang.

Kesan runtuhan dan sampah sarap bertaburan merata-rata di daerah, Donggala, kawasan yang paling teruk terjejas, terletak 30 kilometer dari ibu kota Palu.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.