TAIPING, 27 Mac —  Penjawat awam merupakan golongan berisiko tinggi terdedah kepada gejala rasuah, khususnya bagi mereka yang terlibat dalam pelaksanaan keputusan serta perolehan kerajaan, kata  Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak Datuk Mohd Fauzi Muhamad.

Justeru, katanya rasuah merupakan isu kritikal yang perlu ditangani secara sistematik dan menyeluruh kerana ia  boleh menyebabkan berlaku peningkatan pada jumlah kos modal dan pembangunan sesuatu program atau projek.

“Ini sudah tentu mendatangkan  kerugian besar kepada negara selain rasuah merupakan kesalahan sosial dan peradaban yang boleh menjejaskan imej Malaysia di mata dunia,” katanya dalam ucapan pada Program Rantaian Integrasi Rasuah Dihina, Maruah Dihina, Taiping Sejahtera di sini hari ini. 

Related image

Teks ucapan beliau  dibacakan oleh Ketua Penolong Kanan Pesuruhjaya SPRM Perak, Rosley Mohamad Satar.

Mohd Fauzi menyeru semua penjawat awam khususnya di Daerah Larut, Matang dan Selama agar melaksanakan tugas dengan tegas, berani, adil dan sanggup mengambil risiko bagi menentukan integriti serta governans tidak dikompromikan.

Katanya langkah tersebut dapat menambah baik prestasi sektor awam dan kepercayaan rakyat.

— BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.