Perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh sehingga Isnin depan

0
59

#BuletinBernama : Perbicaraan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang sama, ditangguhkan sehingga Isnin depan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Collin Lawrence Sequerah menangguhkan perbicaraan kes itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, supaya perbicaraan ditangguhkan, kerana pihak pendakwaan baru menyerahkan 15 berkas dokumen dan pernyataan saksi kepada pihak pembelaan.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.