PPM Wilayah Dua rampas 1,590 rokok seludup, mercun dan bunga api bernilai lebih RM16,000

0
65

#BuletinBernama : Pasukan Polis Marin Wilayah Dua merampas 1,590 paket rokok seludup serta sejumlah mercun dan bunga api bernilai lebih RM16,000, dalam serbuan di sebuah kedai runcit dan sebuah kedai menjual pakaian terpakai (bundle) di Kampung Melayu Majidee, di Johor Bahru.

Komandernya, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata serbuan membabitkan tiga pegawai dan 14 anggota PPM Wilayah Dua itu, turut menahan tiga lelaki tempatan berumur antara 23 dan 39 tahun, yang dipercayai terlibat dalam penjualan dan pengedaran barangan terbabit.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.