Pulau kecil di Langkawi dipertimbang jadi pusat pemulihan dan rawatan dadah bersepadu

0
173

#BuletinBernama : Sebuah pulau kecil di Langkawi Kedah sedang dipertimbang untuk dibangunkan sebagai pusat pemulihan dan rawatan dadah bersepadu, yang turut mengandungi inisiatif vokasional seperti kemahiran melibatkan sektor perikanan dan pertanian kepada pesakit.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata pulau pertama seumpamanya di negara itu akan berfungsi memberi pemulihan dan rawatan dadah, dan pada masa yang sama menawarkan kemahiran bersesuaian kepada pesakit, supaya mereka dapat meneruskan kehidupan selepas keluar dari pusat tersebut.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.