Oleh : Zanariah Nor Zin

Sesi persekolahan 2019 bermula hari ini dan ramai ibu bapa begitu teruja berkongsi gambar gelagat anak-anak mereka terutama yang baru menjejaki alam persekolahan di laman sosial.

Namun, lain pula kejadian yang berlaku di sebuah sekolah agama di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor.

Sepasukan anggota bomba terpaksa dikejarkan ke sekolah berkenaan setelah menerima laporan kaki kiri seorang murid lelaki tersepit di bangku.

Ketua Balai Bomba KLIA, Khairuddin Jamaludin ketika dihubungi Bernama News Channel berkata, kanak-kanak berusia 10 tahun itu semasa kejadian sedang duduk di bangku yang disediakan dalam kawasan sekolah untuk menunggu bas.

Gambar : Bomba

“Bomba menerima panggilan pukul 12.25 tengah hari dan sebaik tiba kami dapati kaki kiri mangsa tersepit di antara palang besi bangku berkenaan”

“Pihak Bomba menggunakan sejenis mesin hidraulik untuk melakukan teknik regangan pada palang besi dan mengeluarkan kaki mangsa perlahan-lahan”

Menurut Khairuddin, kaki murid itu berjaya dikeluarkan dalam tempoh 5 minit dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Gambar : Bomba

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.