Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalulail mempengerusikan Mesyuarat Raja-Raja ke-250 di Istana Negara pagi tadi.

Mesyuarat yang berlangsung sehari itu turut dihadiri semua Raja-raja Melayu kecuali Pahang, Johor, Kedah dan Kelantan.

Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah manakala Johor diwakili Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Mewakili Kedah, Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Kelantan diwakili Pemangku Raja Kelantan Tengku Dr Muhammad Fa’iz Petra.

Mesyuarat yang bermula pada 10.30 pagi dan berakhir pada 12.30 tengah hari, turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Pada mesyuarat ini, Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing, sementara Yang Dipertua Negeri diiringi Ketua-Ketua Menteri.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.