Sekurang-kurangnya empat terbunuh feri terbakar di selatan Filipina

0
22

ANKARA, 28 Ogos — Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dalam kejadian kebakaran feri di perairan selatan Filipina, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan pada Rabu.

Feri MV Lite 16 – membawa sekurang-kurangnya 187 penumpang termasuk 37 anak kapal – berlepas dari Pelabuhan Dapitan, lapor akhbar dalam talian Rappler.

Mangsa termasuk kanak-kanak berusia dua tahun.

“Seramai 111 penumpang dan 30 anak kapal diselamatkan manakala 39 lagi masih hilang,” kata pegawai kesihatan bandar Dapitan, Rolito Cataluna.

Tujuh anak kapal masih berada dalam feri yang terbakar itu, kata laporan tersebut.

Feri itu berlepas dari Samboan di selatan Cebu pada Rabu dan kebakaran berlaku ketika feri berada kira-kira 1.5 batu nautika dari Pelabuhan Pulauan di bandar Dapitan.

— BERNAMA

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.