Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli sedang dalam proses menyemak semula tiga akta berkaitan alam sekitar dan hidupan liar bagi menambah baik pentadbiran, pengurusan serta penguatkuasaan secara lebih berkesan.

Timbalan Menterinya, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata ketiga-tiga akta tersebut ialah Akta Perhutanan Negara 1984, Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang berada di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

[Tonton BNC di Astro 502, unifi tv 631, MYTV 121 danhttp://bernamanews.live]

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.