Liga Sepak Takraw (STL) Malaysia 2018…

Pasukan ATM Guardians mencerahkan peluang untuk merampas mahkota kejuaraan daripada penyandang dua tahun berturut-turut, Penang Black Panthers selepas menewaskan Kelantan Warriors straight set 21-10, 21-16 dalam aksi ke-16 liga pada Ahad.

Keputusan itu menyaksikan ATM Guardians kini melonjak ke tangga teratas liga dengan mengutip 26 mata, berbaki dua perlawanan sebelum STL melabuhkan tirainya minggu hadapan.

[Tonton BNC di Astro 502, unifi tv 631, MYTV 121 dan LIVE YouTube Bernama News Channel]

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.