Suspek utama kes tetak tiga penduduk tempatan di sebuah kilang memproses produk sejuk beku di Kampung Selamat, Kepala Batas Pulau Pinang pada Rabu, berjaya ditahan polis.
Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Seri A. Thaiveegan, suspek lelaki warga Indonesia itu dipercayai melarikan diri menaiki teksi manakala motosikal milik majikannya yang digunakan selepas kejadian itu juga berjaya ditemukan.