TAITRA sasar AS$26 juta menerusi Ekspo Taiwan

0
107

#BuletinBernama : Majlis Pembangunan Perdagangan Luar Taiwan (TAITRA) menyasarkan meraih potensi pelaburan AS$26 juta menerusi Ekspo Taiwan anjurannya yang julung kali diadakan di Pusat Konvensyen Setia SPICE, George Town, Pulau Pinang bulan depan.

Naib Presiden Eksekutifnya, Leonor Lin berkata acara pada 5-6 Julai itu turut menjadi platform TAITRA mengetengahkan industri Taiwan sebagai satu usaha kolektif di luar negara yang berpandukan empat teras idea kerjasama ekonomi dan perdagangan, melahirkan tenaga kerja, perkongsian sumber dan jaringan serantau.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.