Taktik baru sindiket dadah mengedar rokok berisi ganja terbongkar apabila polis berjaya menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di ibu kota pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun di Jalan Cheras pada serbuan pertama.

Susulan itu, polis menahan dua lagi lelaki berusia 22 dan 27 tahun di sebuah pusat hiburan di Jalan Sungai Besi di ibu negara.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.