Tiada keperluan untuk mewujudkan undang-undang seperti ‘lese majeste’ di Thailand setakat ini bagi melindungi​ ​​​​​​kesucian institusi Diraja daripada dihina dan diserang oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan Pakatan Harapan tidak berbincang mengenai perkara itu memandangkan akta sedia ada mencukupi untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu atau pihak yang terlibat.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.