‘Viking clap’ meriahkan final Piala FA 2019

0
80

#BuletinBernama : Penyokong pasukan Perak dan Kedah menyambut baik usaha Liga Bola Sepak Malaysia, yang ingin menyatukan barisan penyokong kedua-dua pasukan menjadi sebahagian daripada sejarah baharu bola sepak menerusi aktiviti ‘Viking Clap’, yang akan terpahat dalam buku Malaysia Book of Records pada aksi final Shopee Piala FA 2019.

Setiausaha Kelab penyokong Gabungan The Bos Gaurus, Mohd Shirin Adenan berkata inisiatif tersebut dilihat mampu membakar semangat bukan sahaja kepada pasukan, malah penyokong yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan akhir pada 27 Julai ini.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.